Pengenalan

Wireless Fidelity atau singkatannya Wi-Fi merupakan piawai untuk rangkaian kawasan setempat tanpa wayar bagi alat elektronik untuk bertukar data atau bersambung ke internet menerusi WLAN iaitu Wireless Local Area Network yang berdasarkan spesifikasi IEEE 802.11. Dengan menggunakan sebuah Wi-Fi AP (access point) atau wireless router, sebuah jaringan LAN atau internet boleh diakses tanpa kabel dalam lingkungan 300 kaki persegi atau sekitar lingkungan 100 meter.

Univerisiti Malaysia Sabah (UMS) menyediakan perkhidmatan dan kemudahan Wi-Fi kepada para pelajar mahupun staf UMS. Selain pelajar dan staf UMS, kemudahan Wi-Fi juga disediakan kepada pelawat (pelajar, penyelidik dan pembekal) dari luar UMS. Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan dan kemudahan ini serta memastikan liputan Wi-Fi dalam kampus induk serta kampus-kampus cawangan diperluaskan dari semasa ke semasa.

Liputan Teknologi Wi-fi di UMS

Liputan Wi-Fi di UMS merangkumi setiap sudut serta boleh diakses pada setiap masa di lokasi-lokasi seperti fakulti-fakulti, dewan-dewan kuliah, kolej-kolej kediaman termasuk kolej kediaman pelajar di luar kawasan UMS, perpustakaan, pusat penyelidikan dan pejabat-pejabat pentadbiran.

Cara-cara Penggunaan Wi-fi di UMS

Setiap pengguna boleh menggunakan tiga (3) peranti dalam satu masa bagi perkhidmatan universiti. Berikut adalah ringkasan cara-cara untuk akses ke Wi-Fi UMS:-

  • Dalam peranti anda (komputer, smartphone atau tablet), pilih Wi-Fi dan pilih rangkaian Wi-Fi yang tersedia sama UMS-STAFF, UMS-STUDENT, UMS-GUEST atau EDUROAM
  • Skrin paparan login akan dipaparkan. Masukkan katanama dan katalaluan anda.

Sila baca dokumen Dasar ICT UMS untuk peraturan-peraturan penggunaan perkhidmatan dan kemudahan Wi-Fi.

Dasar ICT

Keterangan Lanjut

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjutnya bagi perkhidmatan dan kemudahan Wi-Fi, anda boleh menghubungi pegawai berikut:

Nama pegawai: En. Yusof Khamis

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Recent Posts