Pengenalan

This image for Image Layouts addon

OBJEKTIF penubuhan

  • Memperluaskan penggunaan teknologi maklumat di dalam semua aktiviti universiti;
  • Membuat perancangan menyeluruh dan peneraju kepada keperluan ICT UMS;
  • Menyediakan perkhidmatan ICT merangkumi perkakasan dan perisian rangkaian keselamatan dan aplikasi;
  • Menjadi pemangkin kepada UMS dalam meneraju dan mengadaptasi ICT;
  • Menentukan prosedur ICT yang digunapakai dan dikuatkuasa di UMS

SEJARAH penubuhan

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) bertanggungjawab:
  • menguruskan semua keperluan ICT Kampus Induk dan Kampus Cawangan secara berpusat.
  • memberikan perkhidmatan ICT termasuk perolehan daripada semua Pusat Tanggungjawab supaya selaras dengan keperluan semasa dan dapat menampung keperluan pentadbiran, pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.
Penubuhan JTMK:
  • bermula sebagai Unit Media & Teknologi Pendidikan pada 23 April 1998;
  • perkhidmatannya bermula di Bangunan UMS Jalan Tuaran  pada tahun 1998 sehingga 1999;
  • berpindah ke Tingkat 4, Bangunan Canselori  pada tahun 2000 sehingga 2005;
  • seterusnya ke Bangunan Perpustakaan  pada tahun 2006 sehingga 2009; dan
  • akhirnya telah berpindah ke bangunan sendiri pada Januari 2010.

Penjenamaan UMTP kepada JTMK selaras pelaksanaan deskripsi tugas utama seperti mana deskripsi skim teknologi maklumat di dalam JPA. Perubahan masa telah membawa UMTP kepada penyediaan perkhidmatan pengkomputeran untuk staf dan pelajar memandangkan penggunaan IT semakin meluas dan berkembang meliputi tiga (3) kepakaran berikut:
  • Pengurusan Rangkaian dan keselamatan (merangkumi perkhidmatan keselamatan, perkhidmatan rangkaian dan komunikasi), Pengurusan Pusat Data (merangkumi Perkhidmatan Operasi Pusat Data, Perkhidmatan Backup Dan Recovery), Pengurusan Teknologi Komputer (merangkumi Perkhidmatan komputer dan perisian, perkhidmatan sokongan)
  • Sistem meliputi  Sistem maklumat pentadbiran, sistem maklumat akademik, laman web, multimedia, smart UMS
  • Pengurusan ICT meliputi  Perancangan Strategik ICT , Pengurusan Projek, Pengurusan Maklumat termasuk pematuhan kepada dasar, peraturan dan pensijilan. JTMK juga bertanggungjawab sebagai Keurusetiaan di dalam Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) UMS dan Jawatankuasa  Keselamatan dan Infrastruktur ICT) UMS.
Image
VISI kami
Menjadikan ICT Sebagai Pemangkin Kecemerlangan UMS
MISI kami
  • Menyediakan infrastruktur ICT yang mampu menampung semua aliran maklumat;
  • Menyediakan persekitaran ICT yang inovatif dan berkualiti;
  • Meyediakan perkhidmatan Pengurusan Maklumat dan Teknologi Komunikasi yang cekap, berkesan, berkualiti dan konsisten
  • Memantapkan perkhidmatan melalui Teknologi Hijau.
Image