Mesej Pengarah

This image for Image Layouts addon

Bismillaahirrahmanirrahim...



Salam muhibbah kepada semua yang melayari laman ini.

JTMK diamanahkan untuk memandu universiti dalam mendekatkan jurang teknologi untuk menyokong P&P dan juga pengurusan universiti amnya. Secara dasarnya, perkhidmatan yang diberikan oleh JTMK disokong oleh Dasar Teknologi Maklumat universiti yang diimplikasikan dalam tugasan mahupun aktiviti harian semua warga.

Usaha memperkasa perkhidmatan JTMK yang meliputi pemantapan prasarana ICT di kampus induk dan kampus cawangan yang diperkuatkan untuk menjamin kualiti perkhidmatan yang setara dengan industri luar sedang dilaksanakan. Hasrat JTMK untuk membawa para cendekiawan universiti untuk sama-sama memberikan khidmat yang terbaik akan dilaksanakan dalam pelan perubahan seperti yang termaktub dalam pelan strategik ICT universiti.

Bermula dengan kumpulan kecil, kini JTMK membesar di bawah satu langkah penyelarasan seluruh JFPIB, yang memungkinkan penambahbaikan dan keberkesanan perkhidmatan serta perkembangan kerjaya kakitangan.

Sebarang perncangan diharap dapat menyeimbangkan kehidupan dan keharmonian dalam pekerjaan.

JTMK maju dan terus maju di masa akan datang. 





Prof. Dr. Ag. Asri Ag. Ibrahim
Pengarah, JTMK





--