Pengenalan

EDUROAM adalah satu perkhidmatan capaian internet yang selamat secara roaming yang diwujudkan khusus untuk para penyelidik, komuniti pendidikan di dalam UMS, universiti di dalam dan luar negara. Perkhidmatan ini membolehkan individu-individu yang berada di suatu lokasi pendidikan selain institusinya sendiri boleh mendapat akses WIFI internet dengan menggunakan akaun institusinya melalui perkhidmatan Eduroam tersebut. Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi UMS, telah mengaktifkan perkhidmatan EDUROAM WIFI secara roaming untuk kegunaan penyelidik dan komuniti pendidikan UMS dan luar sejak 1 Ogos 2017.

Cara Capaian

Perkhidmatan ini boleh digunakan dari UMS ataupun mana-mana institusi pendidikan tinggi di dalam dan luar negara dengan menggunakan akaun WIFI iaitu katanama (username) dan katalaluan (password) yang sama digunakan dalam universiti/institusi masing-masing. Untuk rujukan senarai institusi yang terlibat di seluruh dunia dan maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan EDUROAM boleh lawati halaman sesawang
https://www.eduroam.org (luar negara) dan https://mon.eduroam.my/ (dalam negara).

Contoh Penggunaan

Keterangan lanjut

UKatanama (Username):
katanama@domain (eg. This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.')

PKatalaluan (Password):
katalaluan (password) sama yang digunakan dalam universiti masing-masing.

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjutnya bagi perkhidmatan EDUROAM, anda boleh menghubungi pegawai berikut:

Nama pegawai: En. Yusof Khamis

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Recent Posts