Pengenalan

Pusat Data UMS yang terletak di bangunan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) bertanggungjawab dalam pengurusan dan pemantauan pelayan komputer. Operasi pusat data adalah 24/7 bagi memastikan capaian perkhidmatan atas talian sentiasa tersedia. Pusat data menyediakan keperluan pelayan untuk sistem aplikasi sama ada dalam bentuk Virtual Machine Server atau Physical Server. Di antara tujuan pusat data diwujudkan adalah seperti berikut:-

Menyediakan pelayan (server) & storan (storage) untuk sistem aplikasi di UMS

Menyimpan & mengurus data-data sistem aplikasi di UMS

Menyediakan perkhidmatan Backup and Restore untuk sistem aplikasi di UMS

Menyediakan ruang sewa server untuk keperluan organisasi luar dari UMS

Merancang, mengenalpasti dan melaksana projek-projek yang berpotensi meningkatkan pengurusan Pusat Data

Merancang dan menyelaras keperluan kapasiti Pusat Data Induk

Merancang keperluan Standard Operating Procedure (SOP) bagi Pusat Data

Penyelenggaraan dan Pengurusan Peralatan Pelayan

Pusat Data mengurus penyelengaraan peralatan pelayan bagi memastikan operasi aplikasi berada dalam keadaan baik dan berjalan lancar serta dalam ketersediaan (availability) yang tinggi. Bilik pelayan pusat data disediakan kemudahan rangkaian, bekalan elektrik dan penghawa dingin selama 24 jam bagi memastikan kelancaran operasi. Penyelenggaraan dan pengurusan pusat data meliputi:-

  • Mengurus dan memantau kontrak untuk memastikan Service Level Agreement (SLA) dipatuhi
  • Mengurus pematuhan Standard Operating Procedure (SOP).
  • Mengurus penyelenggaraan pembetulan dan pencegahan setiap pelayan dan storan.
  • Mengurus dan memantau pengoperasian e-mel rasmi UMS.
  • Mengurus perolehan pelayan dan storan
  • Menyedia dan mengurus keperluan fasiliti Pusat Data dan memastikan sentiasa dalam keadaan kondusif

Pengurusan Pemulihan Bencana

Pusat data bertanggunjawab dalam pemulihan bencana sekiranya berlaku insiden yang melibatkan kerosakan yang mengakibatkan operasi perkhidmatan atas talian tergendala. Antara tugas-tugas pusat data dalam pengurusan dan pemulihan bencana termasuklah:-

  • Mengurus dan memastikan semua aktiviti backup dan recovery mematuhi SOP
  • Menyediakan khidmat nasihat operasi backup dan recovery
  • Mengurus dan memastikan keselamatan data backup.
  • Mengurus dan memastikan setiap integriti data backup.
  • Mengurus dan memastikan setiap aplikasi kritikal universiti mempunyai backup.
  • Menyedia dan mengurus keperluan backup dan recovery.

Penempatan Peralatan Server

Pusat Data menyediakan perkhidmatan untuk penampatan pelayan fizikal dan sistem apliaksi daripada jabatan atau fakulti lain sama ada untuk jangkamasa pendek atau panjang untuk tujuan yang lebih khusus seperti aktviti penyelidikan, kegunaan sendiri jabatan dan lain-lain. Walaubagaimanapun, perkhidmatan penempatan ini tertakluk kepada kelulusan daripada pihak pengurusan JTMK.

Kakitangan Pusat Data

En. Abdul Latif Matali

Pegawai Teknologi Maklumat Kanan

En.  Shariff Ahmad Bin Shariff Abdul Kadir

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

En. Mohammad Dzulfatah Bin Suhaili

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

Recent Posts