Perkhidmatan Kami


Perkhidmatan kami

Perkhidmatan yang kami tawarkan meliputi perkhidmatan ICT untuk warga UMS dan juga orang awam mana yang berkenaan. Kami berharap, kami dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik bertaraf dunia untuk semua.
Image

Pusat Data

Image

Perkhidmatan Wifi

Image

Pembangunan Aplikasi

Image

Makmal Maya

Image

Keselamatan ICT

Image

Sokongan ICT

Image

Sewaan Ruang

PUSAT DATA

Pengenalan
Pusat Data UMS yang terletak di bangunan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) bertanggungjawab dalam pengurusan dan pemantauan pelayan komputer. Operasi pusat data adalah 24/7 bagi memastikan capaian perkhidmatan atas talian sentiasa tersedia. Pusat data menyediakan keperluan pelayan untuk sistem aplikasi sama ada dalam bentuk Virtual Machine Server atau Physical Server. Di antara tujuan pusat data diwujudkan adalah seperti berikut:-

  • Menyediakan pelayan (server) & storan (storage) untuk sistem aplikasi di UMS
  • Menyimpan & mengurus data-data sistem aplikasi di UMS
  • Menyediakan perkhidmatan Backup and Restore untuk sistem aplikasi di UMS
  • Menyediakan ruang sewa server untuk keperluan organisasi luar dari UMS
  • Merancang, mengenalpasti dan melaksana projek-projek yang berpotensi meningkatkan pengurusan Pusat Data
  • Merancang dan menyelaras keperluan kapasiti Pusat Data Induk
  • Merancang keperluan Standard Operating Procedure (SOP) bagi Pusat Data
Penyelenggaraan dan Pengurusan Peralatan Pelayan
Pusat Data mengurus penyelengaraan peralatan pelayan bagi memastikan operasi aplikasi berada dalam keadaan baik dan berjalan lancar serta dalam ketersediaan (availability) yang tinggi. Bilik pelayan pusat data disediakan kemudahan rangkaian, bekalan elektrik dan penghawa dingin selama 24 jam bagi memastikan kelancaran operasi. Penyelenggaraan dan pengurusan pusat data meliputi:-

  • Mengurus dan memantau kontrak untuk memastikan Service Level Agreement (SLA) dipatuhi
  • Mengurus pematuhan Standard Operating Procedure (SOP).
  • Mengurus penyelenggaraan pembetulan dan pencegahan setiap pelayan dan storan.
  • Mengurus dan memantau pengoperasian e-mel rasmi UMS.
  • Mengurus perolehan pelayan dan storan
  • Menyedia dan mengurus keperluan fasiliti Pusat Data dan memastikan sentiasa dalam keadaan kondusif
Pengurusan Pemulihan Bencana
Pusat data bertanggunjawab dalam pemulihan bencana sekiranya berlaku insiden yang melibatkan kerosakan yang mengakibatkan operasi perkhidmatan atas talian tergendala. Antara tugas-tugas pusat data dalam pengurusan dan pemulihan bencana termasuklah:-

  • Mengurus dan memastikan semua aktiviti backup dan recovery mematuhi SOP
  • Menyediakan khidmat nasihat operasi backup dan recovery
  • Mengurus dan memastikan keselamatan data backup.
  • Mengurus dan memastikan setiap integriti data backup.
  • Mengurus dan memastikan setiap aplikasi kritikal universiti mempunyai backup.
  • Menyedia dan mengurus keperluan backup dan recovery.
Penempatan Peralatan Server
Pusat Data menyediakan perkhidmatan untuk penampatan pelayan fizikal dan sistem apliaksi daripada jabatan atau fakulti lain sama ada untuk jangkamasa pendek atau panjang untuk tujuan yang lebih khusus seperti aktviti penyelidikan, kegunaan sendiri jabatan dan lain-lain. Walaubagaimanapun, perkhidmatan penempatan ini tertakluk kepada kelulusan daripada pihak pengurusan JTMK.

Keterangan lanjut, emel kami di jtmk@ums.edu.my

PERKHIDMATAN WIFI

Pengenalan

Wireless Fidelity atau singkatannya Wi-Fi merupakan piawai untuk rangkaian kawasan setempat tanpa wayar bagi alat elektronik untuk bertukar data atau bersambung ke internet menerusi WLAN iaitu Wireless Local Area Network yang berdasarkan spesifikasi IEEE 802.11. Dengan menggunakan sebuah Wi-Fi AP (access point) atau wireless router, sebuah jaringan LAN atau internet boleh diakses tanpa kabel dalam lingkungan 300 kaki persegi atau sekitar lingkungan 100 meter.

Univerisiti Malaysia Sabah (UMS) menyediakan perkhidmatan dan kemudahan Wi-Fi kepada para pelajar mahupun staf UMS. Selain pelajar dan staf UMS, kemudahan Wi-Fi juga disediakan kepada pelawat (pelajar, penyelidik dan pembekal) dari luar UMS. Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan dan kemudahan ini serta memastikan liputan Wi-Fi dalam kampus induk serta kampus-kampus cawangan diperluaskan dari semasa ke semasa.

Liputan Teknologi Wi-fi di UMS

Liputan Wi-Fi di UMS merangkumi setiap sudut serta boleh diakses pada setiap masa di lokasi-lokasi seperti fakulti-fakulti, dewan-dewan kuliah, kolej-kolej kediaman termasuk kolej kediaman pelajar di luar kawasan UMS, perpustakaan, pusat penyelidikan dan pejabat-pejabat pentadbiran.

Cara-cara Penggunaan Wi-fi di UMS
Setiap pengguna boleh menggunakan tiga (3) peranti dalam satu masa bagi perkhidmatan universiti. Berikut adalah ringkasan cara-cara untuk akses ke Wi-Fi UMS:-

  • Dalam peranti anda (komputer, smartphone atau tablet), pilih Wi-Fi dan pilih rangkaian Wi-Fi yang tersedia sama UMS-STAFF, UMS-STUDENT, UMS-GUEST atau EDUROAM
  • Skrin paparan login akan dipaparkan. Masukkan katanama dan katalaluan anda.
Sila baca dokumen Dasar ICT UMS untuk peraturan-peraturan penggunaan perkhidmatan dan kemudahan Wi-Fi. Dasar ICT

Keterangan lanjut, emel kami di jtmk@ums.edu.my

KESELAMATAN ICT

Pengenalan

Kami menyediakan dan menguruskan keselamatan ICT menggunakan Next Generation Firewall dengan mengurangkan kerumitan dan menurunkan jumlah kos pemilikan.

Ciri-ciri Utama Keselamatan ICT

Kami menyediakan dan menguruskan keselamatan ICT menggunakan Next Generation Firewall dengan mengurangkan kerumitan dan menurunkan jumlah kos pemilikan.

  • Dasar Firewall
  • Penapisan URL
  • Kawalan Aplikasi
  • Sistem Pencegahan Penceroboh
Laporkan insiden

Sekiranya anda atau jabatan anda menjadi sasaran penggodaman, pancingan data, serangan ransomware atau aktiviti siber yang menyalahi undang-undang, klik di sini untuk memberitahu kami mengenai kejadian tersebut. Maklumat anda dapat membantu kami dalam mencegah aktiviti sedemikian di masa depan.

Perkhidmatan Kami

Sektor Keselamatan ICT bertanggungjawab dalam mengawal dan mengurangkan risiko ancaman keselamatan ICT di UMS dengan:

  • Pengujian dan pengauditan tahap keselamatan ICT
  • Peningkatan tahap kesedaran keselamatan ICT warga UMS
  • Pembangunan Polisi Keselamatan ICT
  • Pelaporan sebarang perlanggaran polisi kepada Jawatankuasa Keselamatan ICT UMS
Keterangan lanjut, emel kami di jtmk@ums.edu.my

PERKHIDMATAN SEWAAN RUANG @ JTMK

Kegunaan: Seminar

Keluasan & Kapasiti: 139.35 mp/ 1,500 kp 100 orang

Spesifikasi & Kemudahan:
  • Lantai – karpet
  • Siling – asbestos
  • Student chair
  • Stool
  • Auditorium chair
  • Whiteboard
  • LCD projector
  • Motorized screen
  • Speakers
  • Monitor speaker

Kadar Sewa (Agensi Kerajaan):
  • Sewa/Jam (RM): 300
  • Sewa/Hari (RM): 2,400

Kadar Sewa (Agensi Bukan Kerajaan):
  • Sewa/Jam (RM): 360
  • Sewa/Hari (RM): 2,880
Smart Space
Kegunaan: Seminar/Latihan/Bengkel

Keluasan & Kapasiti: 
160.54 mp/ 1,728 kp 30 orang

Spesifikasi & Kemudahan:
  • Lantai – laminating floor
  • Siling – asbestos
  • Low back fabris chair c/w arm rest
  • Student chair c/w castor & gas lift
  • LCD projector
  • Speaker
  • Glass board
  • Wifi
  • Eduboard/Touch Panel
Kadar Sewa (Agensi Kerajaan)
  • Sewa/Jam (RM): 50
  • Sewa/Hari (RM): 400

Kadar Sewa (Bukan Kerajaan)
  • Sewa/Jam (RM): 60
  • Sewa/Hari (RM): 480
Bilik Komputer/Makmal Komputer

Nama Bilik: Bilik Komputer Khusus 

Kegunaan: Bilik Komputer

Keluasan & Kapasiti: 160.54 mp / 1,728 kp 50 orang

Spesifikasi & Kemudahan:
  • Low back fabric chair c/w arm rest
  • Student chair c/w castor & gas lift
  • Computer table (lecturer & student)
  • Sliding whiteboard
  • Softboard
  • LCD projector
  • Video conferencing
  • Speaker
  • Komputer HP thin client
  • Lantai – ceramic tiles
  • Siling – asbestos siling

Kadar Sewa (Agensi Kerajaan)
  • Sewa/Jam (RM): 125
  • Sewa/Hari (RM): 1,000

Kadar Sewa (Agendi Bukan Kerajaan)
  • Sewa/Jam (RM): 150
  • Sewa/Hari (RM): 1,200
Bilik Komputer/Makmal Komputer

Nama Bilik: Bilik Latihan Khusus ICT 1 & 2

Kegunaan: Bilik Komputer

Keluasan & Kapasiti: 160.54 mp / 1,728 kp 25 orang

Spesifikasi & Kemudahan:
  • Low back fabric chair c/w arm rest
  • Student chair c/w castor & gas lift
  • Computer table (lecturer & student)
  • Sliding whiteboard
  • Softboard
  • LCD projector
  • Video comferencing
  • Speaker
  • Komputer desktop
  • Lantai – karpet
  • Siling – asbestos siling
Kadar Sewa (Agensi Kerajaan)
  • Sewa/Jam (RM): 62.50
  • Sewa/Hari (RM): 500
Kadar Sewa (Bukan Agensi Kerajaan)
  • Sewa/Jam (RM): 75
  • Sewa/Hari (RM): 600
Bilik Mesyuarat

Nama Bilik: Bilik Mesyuarat Utama

Kegunaan: Mesyuarat

Keluasan & Kapasiti: 139.35 mp /1,500 kp 30 orang

Spesifikasi & Kemudahan:
  • Lantai –karpet
  • Siling –asbestos
  • LCD projector
  • Speaker
  • Video conferencing
  • Sliding whiteboard
  • Softboard
  • Low back fabric chair
  • Meeting table (special made)

Kadar Sewa (Agensi Kerajaan)
  • Sewa/Jam (RM): 60
  • Sewa/Hari (RM): 480
Kadar Sewa (Agensi Bukan Kerajaan)
  • Sewa/Jam (RM): 72
  • Sewa/Hari (RM): 576
Bilik Perbincangan

Nama Bilik: Bilik Pengkomersilan

Kegunaan: Bilik Perbincangan

Keluasan & Kapasiti: 29.73 mp /320 kp 7 orang

Spesifikasi & Kemudahan:
  • Lantai – ceramic tiles
  • Siling – asbestor
  • LCD projector
  • Video conferencing
  • Low back fabric chair
  • Meeting table (special made)

Kadar Sewa (Kerajaan)
  • Sewa/Jam (RM): 20
  • Sewa/Hari (RM): 160
Kadar Sewa (Bukan Kerajaan)
  • Sewa/Jam (RM): 24
  • Sewa/Hari (RM): 192
Bilik Perbincangan

Nama Bilik: Bilik Pendigitan

Kegunaan: Bilik Perbincangan

Keluasan & Kapasiti: 55.74 mp / 600 kp 10 orang

Spesifikasi & Kemudahan:
  • Lantai – karpet
  • Siling –asbestos
  • LCD projector
  • Low back fabric chair
  • Meeting table (special made)

Kadar Sewa (Agensi Kerajaan)
  • Sewa/Jam (RM): 30
  • Sewa/Hari (RM): 240
Kadar Sewa (Agensi Bukan Kerajaan)
  • Sewa/Jam (RM): 36
  • Sewa/Hari (RM): 288